BENGKEL KELESTARIAN BANGUNAN TORAY-USM KTC
13 Mei 2016 - Bengkel Kelestarian Bangunan TORAY-USM KTC diadakan adalah untuk menyemai amalan kelestarian dalam kalangan staf Pusat Pemindahan Ilmu. Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu. Selain itu juga, bengkel ini diisi dengan sesi pengenalan kecekapan tenaga Bangunan TORAY-USM KTC oleh Profesor Madya Dr. Wira Mohd Shafiei dan diikuti dengan dua lagi ceramah daripada wakil Jabatan Pembangunan USM dan Jabatan Keselamatan USM. Jabatan Pembangunan USM diwakili oleh En. Salmi Ismail dalam memberikan penerangan berkenaan penggunaan elektrik bangunan TORAY-USM KTC dan En. Prabu a/l Mogan menerangkan tentang keselamatan Bangunan TORAY-USM KTC.
Bengkel selama setengah hari ini diakhiri dengan sesi penyerahan pelekat kecekapan tenaga kepada setiap wakil Pusat Tanggungjawab di Bangunan TORAY USM. Diharapkan bengkel ini dapat mengubah cara berfikir, bertindak dan secara tidak langsung sifat kebersamaan dapat disemai bagi menjaga kesejahteraan TORAY-USM KTC.
Ucapan Aluan oleh Prof Dr. Haslan Abu Hassan, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu TORAY-USM KTC
Sesi penyerahan pelekat kecekapan tenaga kepada setiap wakil Yayasan USM.