Skip to main content

Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK KTP : PEMINDAHAN PENGETAHUAN TEKNOUSAHAWAN

2 September 2020 (Rabu) - Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), USM telah menjalankan lawatan pemantauan dan penilaian ke atas projek Dr. Nurhanan Bt. Abdul Rahman dari Universiti Malaysia Kelantan yang bertajuk "Pembentukan Teknousahawan Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) di Tok Bali Berasaskan Produk Pes Makanan Laut" bertempat di MARDI Pasir Puteh, Kelantan.

1IMG 20200903 WA00172IMG 20200903 WA0008

Lawatan pemantauan dan penilaian ini bertujuan menilai kemajuan pencapaian projek serta memastikan projek dilaksanakan mengikut objektif dan jejak kunci (milestone) seperti yang ditetapkan dalam borang permohonan yang telah diluluskan. Selain itu, pemantauan ini juga ingin menilai sejauh mana hasil (output) dan keberhasilan (outcome) sasaran dan impak ke atas akademia, graduan pelatih, organisasi komuniti dan universiti tercapai.