Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Media
  • Berita
  • BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN EKSEKUTIF DIPLOMA PEMBANGUNAN LESTARI – EXECUTIVE DIPLOMA IN SUSTAINABLE DEVELOPMENT (EDPSD)

BENGKEL PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN EKSEKUTIF DIPLOMA PEMBANGUNAN LESTARI – EXECUTIVE DIPLOMA IN SUSTAINABLE DEVELOPMENT (EDPSD)

Pada 1 dan 2 Oktober 2020 (Khamis dan Jumaat) lalu, DRB-Hicom University of Automotive Malaysia (DHU) dengan kerjasama Pusat Pemindahan Ilmu, Universiti Sains Malaysia telah mengadakan Bengkel Pembangunan Modul Pembelajaran bagi Program Diploma Eksekutif Pembangunan Lestari (EDPSD) bertempat di Bilik Seminar, Bangunan Toray-USM, Universiti Sains Malaysia (USM).

Web IMG 20201001 103152Web IMG 20201001 092510Web IMG 20201001 103138Web IMG 20201001 091144

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memurnikan rangka kursus EDPSD yang telah dirangka dalam bengkel sebelum ini serta menghasilkan modul pembelajaran yang standard dan berkualiti untuk digunakan sebagai panduan dan rujukan utama dalam Program Eksekutif Diploma Pembangunan Lestari.

Bengkel ini dihadiri oleh 13 orang penulis modul terdiri daripada ahli akademik dan bukan akademik USM dan DHU yang telah dijemput berdasarkan kepakaran masing-masing. Modul yang dibangunkan ini merangkumi bidang Sustainable Development, Reporting and Monitoring, Leadership, Project Management, Energy Management, Waste Management, Safety dan Corporate Social Responsibility (CSR).


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.