Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Perkhidmatan
  • PUSAT INOVASI KOMUNITI (CIC)
  • Pengenalan

Pengenalan

Program Pusat Inovasi Komuniti atau di dalam Bahasa Inggeris “Community Innvation Centre” (CIC) merupakan inisiatif kerajaan melalui kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai menggalakkan usaha sama bermanfaat berdasarkan landasan kerjasama yang diwujudkan untuk membolehkan pemegang taruh (kerajaan, akademia, industri dan komuniti setempat) bersama-sama mengembleng tenaga secara Collective Impact melalui pendekatan Quadruple Helix bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence berteraskan usaha sama antara kerajaan dan penglibatan rakyat ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50).

CIC pada dasarnya telah dirancang sebagai menyahut seruan YAB Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2015 yang bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR). Ekonomi yang berorientasikan rakyat melibatkan keutamaan-keutamaan dan kepentingan-kepentingan rakyat seperti kos sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan keselamatan. Pendek kata, EKR adalah sebuah ekonomi yang berlandaskan pengalaman seharian rakyat. Justeru, EKR menjadi paksi dan pegangan kerajaan dalam mendahulukan kepentingan rakyat.

Manakala asas CIC pada asalnya telah diambil dan dikembangkan daripada model “Knowledge Transfer Programme” yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) pada tahun 2010 di bawah Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) sebagai penerus atau penyambung kepada usaha penyelidikan yang telah dilakukan Universiti Awam (UA) dengan tujuan penyebaran dan transformasi ilmu ke satu sasaran yang lebih khusus dan memberi manfaat kepada pembangunan Negara. Proses CIC keseluruhannya bermula dengan pengelopokan idea dan isu-isu daripada penglibatan industri/komuniti berkepentingan secara bottom – up approach dan seterusnya ia melibatkan transformasi ilmu secara terbalik atau “Knowledge Exchange” bagi mengisi jurang dalam kurikulum UA dengan tujuan memenuhi keperluan industri masa depan dan menyediakan masyarakat yang berpengetahuan, berkemahiran, berinovasi dan berminda keusahawanan. CIC dengan itu berupaya menjadi salah satu instrumen membudayakan inovasi sosial untuk menyokong pembangunan komuniti yang lestari di mana inovasi sosial dari komuniti iaitu kekuatan yang belum diterokai, bermanafaat serta berpotensi diketengahkan dan USM iaitu akademia berperanan menjadi pemangkin, memantap serta memberi inspirasi untuk mengembangkan dan menggalakkan lagi inovasi sosial yang telah dimulakan oleh komuniti.

CIC secara langsung akan membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan yang menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan dan melonjakkan ekonomi desa secara mampan serta berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang dengan tidak lagi mensasarkan kepada ekonomi individu tetapi ekonomi komuniti. Dalam hubungan ini, CIC akan membangunkan kemudahan yang diperlukan dan memajukan ekonomi komuniti yang mempunyai potensi untuk menjadi industri yang berintensifkan pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan kesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalam tahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengan tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang pengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatan yang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luar bandar dan di antara wilayah.


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.