Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Perkhidmatan
  • KTP PEMANTAUAN
  • Komponen Penilaian

Komponen Penilaian

Keberkesanan outcome dan impak projek diukur berdasarkan dua komponen utama iaitu Komponen Penilaian oleh Panel Penilai dan Komponen Penilaian oleh Industri/Komuniti.

A. Komponen Penilaian Panel Penilai

Panel penilai akan menilai pencapaian projek berdasarkan kepada empat (4) komponen iaitu Pencapaian projek (40%), Akademia (10%), Graduan pelatih (10%) dan Industri/Komuniti (10%) seperti pada rajah di bawah. Penilaian adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Markah keseluruhan bagi komponen penilaian oleh panel penilai adalah sebanyak 70%.

Komponen Penilaian Panel Pakar

B. Komponen Penilaian Industri/Komuniti

Rakan Industri/Komuniti akan menilai keberkesanan pemindahan ilmu dan penerimaan serta penglibatan pihak Industri/Komuniti dalam berkongsi ilmu yang dipindahkan oleh akademia. Komponen penilaian terdiri daripada tiga (3) komponen iaitu keberkesanan ilmu yang dipindahkan, objektif kepada organisasi dan kebolehan akademia. Markah keseluruhan penilaian berjumlah 30%.

Komponen Penilaian Industri Komuniti

SKALA PENILAIAN

Untuk tujuan penilaian, lima (5) skala telah digunakan. Skala 5 (Ketara Melebihi Sasaran) diberikan markah 100, skala 4 (Melebihi Sasaran) diberikan markah 100, skala 3 (Mengenai Sasaran) diberikan markah 80 – 70, skala 2 (Dibawah Sasaran) diberikan markah <70 dan skala 2 (Lemah) diberikan markah <60 (Jadual 2). Pencapaian sesuatu projek adalah berdasarkan hasil tambah markah penilaian yang diperolehi bagi kedua-dua komponen penilaian iaitu penilaian oleh panel penilai (70%) dan penilaian oleh rakan Industri/komuniti (30%) dimana markah penuh adalah 100%. Skala Keseluruhan Pemarkahan dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu Cemerlang (85%-100%), Baik (70%-84%), Memuaskan (50%- 69%) dan Lemah (≤ 49%). (Jadual 3).

Skala Penilaian Projek KTP 1

Skala Penilaian Projek KTP 2

PENILAIAN PANEL PAKAR

Panel Pakar bertanggungjawab meneliti keseluruhan laporan pemantauan dan penilaian projek bagi menentukan sama ada projek yang dijalankan menepati kehendak KTP atau sebaliknya. Panel Pakar akan meneliti kesemua laporan lengkap projek yang merangkumi proposal (pengenalan projek, KRA, objektif, jenis ilmu yang dipindahkan, output dan outcome), laporan panel penilai, penilaian industri/komuniti dan sumbangan projek kepada pencapaian SO (SO1, SO2 dan SO3) (Rajah 5). Bagi Rolling 1-5 (2011-2017) yang telah dinilai, tujuh kategori projek telah dikenalpasti (Hijau, Kuning, Jingga, Biru, Merah, Ungu dan Putih) bagi tujuan pengkelasan. Kategori ditentukan adalah berdasarkan Proposal, Pelaksanaan dan Keputusan yang diperolehi menerusi projek tersebut (Rajah 6).

Komponen Analisis Penilaian 2


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.