Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Perkhidmatan
  • KTP PEMANTAUAN
  • MyKTP

MyKTP

LATAR BELAKANG

'myKTP' (my Knowledge Transfer Performance) ialah satu sistem berasaskan web yang dibangunkan oleh Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia yang bertujuan untuk memantau prestasi keseluruhan Program Pemindahan Ilmu (KTP). Program pemindahan ilmu merupakan sebuah program memindah dan memperluaskan ilmu pengetahuan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada komuniti dan industri. Program ini telah membentuk jalinan senergi antara universiti dengan industri dan komuniti. Jalinan ini menunjukkan bahawa universiti bukan sahaja menara ilmu malah menjadi satu komuniti libat sama yang akrab dengan masyarakat. IPT juga menjadi medium paling signifikan untuk menonjolkan kewujudan dan peranan IPT dalam memberi manfaat dan kehidupan lebih bermakna buat industri dan komuniti. Justeru bagi memantau dan membuat penilaian terhadap kejayaan sesebuah projek yang dilaksanakan di bawah program pemindahan ilmu maka myKTP telah dibangunkan.

MATLAMAT myKTP

  • Memberi informasi utama kepada IPTA, panel penilai dan pemegang taruh khususnya dalam keseluruhan aktiviti penilaian dan pemantauan ke atas projek-projek KTP.
  • Memudahkan proses pelaksanaan lawatan pemantauan ke atas projek- projek yang akan dinilai.
  • Menyusun laporan dalam bentuk data serta membuat pengawasan terhadap kemajuan projek-projek KTP bagi setiap fasa.
  • Memastikan myKTP boleh dicapai oleh pemegang taruh program pemindahan ilmu untuk melihat pencapaian keseluruhan dan juga prestasi sesuatu projek.

Oleh kerana dibangunkan berasaskan kerangka pemantauan yang generik maka ianya boleh digunapakai oleh agensi lain yang berminat untuk memantau keberkesanan sesuatu projek yang dijalankan oleh agensi berkenaan. Agensi yang berminat bolehlah menghubungi PIPPA untuk maklumat seterusnya melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

** klik di sini untuk terus ke sistem myKTP


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.