Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Media
  • Berita
  • INISIATIF PEMBANGUNAN PROGRAM EKSEKUTIF DIPLOMA BERTERASKAN PEMBANGUNAN LESTARI

INISIATIF PEMBANGUNAN PROGRAM EKSEKUTIF DIPLOMA BERTERASKAN PEMBANGUNAN LESTARI

Seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), DRB-HICOM University (DHU) of Automotive Malaysia dengan Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia (USM) sedang merangka program pengajian Executive Diploma in Sustainable Development (Pembangunan Lestari) dan Executive Diploma in Green Entrepreneurship (Keusahawanan Hijau).

Sehubungan dengan itu, beberapa pertemuan dan perbincangan telah diadakan oleh pihak DHU dan pengurusan KTC bersama beberapa ahli akademik yang berpengalaman bagi membincangkan intipati program yang bakal diaksanakan ini.

Web IMG 20200709 143608 web IMG 20200619 165654

Kerjasama ini akan membabitkan dua (2) kursus diploma eksekutif yang akan dijalankan seratus peratus pembelajaran secara dalam talian bagi tempoh tiga (3) hingga empat (4) bulan. Kolaborasi strategik ini juga merupakan salah satu usahasama pintar institusi pengajian tinggi dan swasta memindahkan ilmu kepada graduan dan juga tenaga kerja di samping mengaplikasikan dan menerapkan agenda pembangunan lestari di dalam industri mahupun komuniti.

Pertemuan singkat ini turut menyentuh pendekatan terbaik yang boleh diusahakan oleh kedua-dua pihak untuk mengembeleng kepakaran sedia ada bagi membangunkan bakat-bakat baru.

web IMG 20200619 173103

Turut hadir dalam perbincangan ini ialah Profesor Dato’ Sr. Dr. Omar Osman, Naib Canselor DHU merangkap Pengerusi Program Pemindahan Ilmu (KTP) Nasional; Dr. Mohd Sukri Shafie, Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu; Profesor Dr. Haslan Abu Hassan, Pensyarah, Pusat Pengajian Fizik; Profesor Madya Dr. Mohd Wira Shafiei, Pensyarah, Pusat Pengajian Bangunan, Perumahan dan Perancangan; Dr. Hamoon Khelgat-Doost, Pensyarah, Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS); Profesor Madya Dr. Mardiana Idayu Ahmad, Pensyarah, Pusat Pengajian Teknologi Industri; Profesor Madya Mohd Shafie Ariffin, Pensyarah, Pusat Pengajian Pengurusan dan Encik Mohammad Shafiq Abdul Aziz, Penolong Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar USM.


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.