Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Media
  • Berita
  • LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK KTP : PEMINDAHAN PENGETAHUAN AMALAN PENGURUSAN HIJAU

LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK KTP : PEMINDAHAN PENGETAHUAN AMALAN PENGURUSAN HIJAU

25 Ogos 2020 (Selasa) - Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), USM telah menjalankan lawatan pemantauan dan penilaian ke atas projek Profesor Madya Ts. Dr. Badaruddin Bin Ibrahim dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang bertajuk " Pemindahan Pengetahuan Amalan Pengurusan Hijau Dalam Konsep Pengurusan Pendidikan Lestari Kepada Kumpulan Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah di Daerah Kluang Johor " bertempat di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tuan Poon, Simpang Renggam, Johor.

IMG 20200825 WA0007 IMG 20200825 WA0003

Lawatan pemantauan dan penilaian ini bertujuan menilai kemajuan pencapaian projek serta memastikan projek dilaksanakan mengikut objektif dan jejak kunci (milestone) seperti yang ditetapkan dalam borang permohonan yang telah diluluskan. Selain itu, pemantauan ini juga ingin menilai sejauh mana hasil (output) dan keberhasilan (outcome) sasaran dan impak ke atas akademia, graduan pelatih, organisasi industri/komuniti dan universiti tercapai.

IMG 20200825 WA0002 IMG 20200825 WA0000
IMG 20200825 WA0008 IMG 20200825 WA0005

Sesi lawatan pemantauan selama 2 jam ini dihadiri oleh Profesor Madya Ts. Dr. Badaruddin Bin Ibrahim selaku ketua projek, akademia bersama iaitu Profesor Madya Dr. Mimi Mohaffyza Mohamad, Profesor Madya Dr. Lai Chee Sern, Dr. Nurul Hidayah Liew Abdullah, Dr. Dória Islamiah Rosli, tiga orang wakil Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Guru Besar SJKC Tuan Poon dan guru-guru kanan yang terlibat. Turut hadir untuk penilaian tiga orang panel penilai yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Misni Surif, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan Dr. Mohd Sukri Shafie.


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.