Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Media
  • Berita
  • PUSAT PEMINDAHAN ILMU KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN KOLABORASI INDUSTRI DAN MASYARAKAT (BKIM), JABATAN PENGAJIAN TINGGI.

PUSAT PEMINDAHAN ILMU KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN KOLABORASI INDUSTRI DAN MASYARAKAT (BKIM), JABATAN PENGAJIAN TINGGI.

PUTRAJAYA – Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Dr. Mohd Sukri Mohd Shafie telah mengadakan kunjungan hormat dan perjumpaan ke atas Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat (BKIM), YBrs. En. Mohd Shahril Abdullah pada 2 September 2020 (Rabu) yang lalu.
Kunjung hormat ini diadakan adalah untuk membentangkan dan menjelaskan perkembangan semasa Program Pemindahan Ilmu – Knowledge Transfer Programme (KTP) kepada barisan pentadbiran terkini BKIM.

WhatsApp Image 2020 09 04 at 10.35.34 AMWhatsApp Image 2020 09 03 at 12.11.38 PM

Selain daripada pembentangan perkembangan semasa KTP, pihak BKIM juga turut bertukar-tukar pandangan dan menyatakan hasrat agar pelaksanaan KTP di Malaysia dapat dimantapkan lagi dan menjadi sebuah program yang sentiasa mendukung sektor pengajian tinggi negara di samping memberikan impak yang besar dalam pembangunan industri dan masyarakat.

WhatsApp Image 2020 09 04 at 10.35.56 AM
Turut serta dalam kunjungan ini ialah En. Shahrul Nizam Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Korporat; En. Jasyindar Sing Sihdu A/l Jaimal Singh, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Jaringan Industri; En. Aliffy Khairul Fizal Abdul Adzis, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Jaringan Industri; Pn. Liyana Adhwa’ Khalid, Sekretariat KTP Nasional dan Cik Rosnadia Noordin, Sekretariat KTP Pemantauan.


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.