Pusat Pemindahan Ilmu  |  Kampus Induk

  • Home
  • Media
  • Berita
  • PUSAT PEMINDAHAN ILMU TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN DELEGASI UiTM CAWANGAN PERAK

PUSAT PEMINDAHAN ILMU TERIMA LAWATAN PENANDAARASAN DELEGASI UiTM CAWANGAN PERAK

Universiti Sains Malaysia (USM), 6 Ogos 2020 - Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), USM telah menerima lawatan penandaarasan daripada 15 orang delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perak yang diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Perak, Yang Berusaha Prof. Sr. Dr. Md Yusof Hamid.

Lawatan penandaarasan ini diadakan adalah untuk mempelajari dan menambah pengetahuan berkaitan pentadbiran dan tatacara pengurusan projek Program Pemindahan Ilmu khususnya dalam hal ehwal pengurusan data serta pemantauan projek yang melibatkan kerjasama universiti, industri dan komuniti. Selain daripada perkongsian ilmu, pihak UiTM juga turut menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan KTC di masa hadapan bagi projek-projek yang berpotensi untuk dilaksanakan di Negeri Perak bagi bidang kepakaran yang melibatkan komunti tempatan dan akademia.

Pertemuan selama satu jam ini dimulakan dengan kata aluan daripada Dr. Mohd Sukri Shafie, Pengarah KTC dan diteruskan dengan pengenalan ringkas Program Pemindahan Ilmu (KTP) daripada Sekretariat Program Pemindahan Ilmu iaitu Puan Liyana Adhwa Khalid, Sekretariat KTP Nasional; Cik Rosnadia Noordin, Sekretariat KTP Pemantauan dan En. Muhammad Syafiq Asyraf Uzair, Pusat Inovasi Komuniti (CIC).

USM UITM resize

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Dr. Norhayati Baharun; Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Sr. Dr. Mohd Azlan Zaidi; Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Prof. Madya Dr. Nur Hisham Ibrahim; Penolong Rektor, Dr. Mohamed Imran Mohamed Ariff serta pegawai-pegawai utama UiTM Cawangan Perak.

 IMG 20200806 1641421 resize IMG 20200806 1644251 resize

Pada sebelah petang, Dr. Mohd Sukri Shafie turut dijemput menyampaikan ceramah tetang Program Pemindahan Ilmu dalam Bengkel Penyediaan Cadangan Projek ‘The Silver Valley’ anjuran UiTM yang berlangsung selama tiga (3) hari di Hotel Sentral Seaview, Tanjung Tokong, Pulau Pinang.


Penafian    |    Dasar Privasi    |    Dasar Keselamatan   


Hubungi Kami

Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Aras 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang, Malaysia
Knowledge Transfer Centre (KTC), Level 1, TORAY-USM, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia
Tel : 604 - 653 6736/6725/6735 I Faks : 604 - 653 6728 I Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


Hak Cipta © 2022 Pusat Pemindahan Ilmu (KTC), Universiti Sains Malaysia.